Blue Flower

Lawatan ini terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 40 orang siswa pendidik 2PISMP dan 3PISMP yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan pengurusan dan pengendalian PdP di Program Pendidikan Khas Intergrasi. Aktiviti lawatan sambil belajar ini diadakan untuk menyediakan ruang dan peluang  siswa pendidik supaya menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan secara autentik melalui pengalaman langsung dalam bidang perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas. Disamping itu, siswa pendidik juga dapat memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dan kemahiran dalam meningkatkan sahsiah dan etika perguruan. Aktiviti lawatan ini, membolehkan siswa pendidik mengenal pasti pelbagai strategi dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah pendidikan khas.
Go to top