Blue Flower

Kursus ini telah dihadiri oleh semua pensyarah JIP dan wakil daripada jabatan lain.  Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan berkaitan Pendidikan Berkeperluan Khas - Inklusif, agar semua pensyarah merasa yakin dan berpengetahuan untuk melaksanakan strategi, kaedah dan teknik yang baik semasa melaksanakan P&P dengan murid berkeperluan khas.  Dua orang penceramah yang pakar dalam bidang ini, Pn Rasmin Arni Alias Penyelaras Pendidikan  Kanak-kanak Berkeperluan Khas Sek Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya dan Pn Wan Normi  Bt Wan Omar dari Bahagian Pendidikan Khas, KPM telah turut hadir sepanjang kursus ini berjalan. 

 

Semoga kursus ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT khususnya untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dapat membentuk  seorang pensyarah yang akan menjadi pakar rujuk  kepada siswa pendidik dalam pembelajaran  dan pengajaran serta dapat merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)  2013-2025.

 

https://youtu.be/vvzyf-a5ABE

Go to top