Blue Flower

Berita

  • BENGKEL INDUKSI KURIKULUM SEMESTER 2/2017

    Pengenalan  

    Minggu Kurikulum Semester 2/2017 Jabatan Ilmu Pendidikan dilaksanakan untuk membolehkan setiap pensyarah merancang persediaan PdPc bagi setiap subjek yang ditawarkan sepanjang semester 2/2017. Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan akan membincangkan pembinaan rancangan semester 2/2017, Skema TLO, Tugasan kerja kursus dan bank item peperiksaan. Antara kursus yang ditawarkan pada semerster 2/2017 ialah EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, EDUP3043 Behavior and Classroom Management, EDUP3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, EDU3083i Leadership and Teacher Profesional Development, EDU3093 Guru dan Cabaran Semasa, EDU3093i Teacher and Current Challenges.

    Objektif

    • Membina kerja kursus, rancangan semester, TLO dan bank item peperiksaan untuk kursus-kursus Semester 2 tahun 2017
    • Menyediakan bank soalan mengikut kursus yang ditawarkan pada semester 2/2017
    • Membentangkan kerja kursus yang telah dihasilkan untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap pensyarah

    Pelaksanaan Bengkel Induksi Kurikulum

    Tarikh   : 2 - 5 Mei 2017

    Masa    : 8.30 am - 4.30 pm

    Tempat : Ruang Perbincangan Aras 2 Pusat Sumber IPGKP Tennik

     
  • PLC : PENSYARAH EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

    Program Professional Learning Community (PLC) untuk pensyarah mata pelajaran EDUP3033 Murid dan Pembelajaran telah dilaksanakan dalam bentuk sesi ‘Teacher-Sharing’ yang memberi ilmu baharu kepada pensyarah mata pelajaran EDUP3033 dan pensyarah lain yang berminat mengenai “PLICKERS” sebagai satu alat untuk  pedagogi masa kini. Plickers merupakan alat untuk ‘real time assessment’ dan murid tidak perlu menggunakan telefon pintar. Plicker membantu para pengajar melakukan penilaian secara formatif menggunakan kod. Plickers boleh dimuat turun daripada application store. Aplikasi Plickers juga dapat digunakan oleh guru / pensyarah untuk memberikan soalan aneka pilihan kepada murid / siswa pendidik. Guru hanya memerlukan capaian internet, komputer dan telefon pintar sebagai scanner.  Plickers berfokus kepada penilaian untuk soalan aneka pilihan dan betul/salah selepas selesai aktiviti PdPc. Dengan menggunakan Plickers guru / pensyarah dapat mengenal pasti siswa pendidik / murid benar-benar memahami apa yang telah dipelajari.

    Pelaksanaan PLC

    Tarikh: 17 Mac 2017
    Masa: 9.00a.m-10.00a.m
    Tempat: Bilik 33, Aras 2, Blok Pensyarah

    Kehadiran :

    • Pn. Anida Idrus,
    • Pn Fauziah Hashim,
    • Pn. Zurida Halid,
    • En Zaimuddin Hj Hussein,
    • Pn. Mahani Ibrahim

     

     
  • PLC : PENSYARAH EDUP3073 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    Program Professional Learning Community (PLC) untuk pensyarah mata pelajaran EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran telah dilaksanakan dalam bentuk sesi ‘Teacher-Sharing’. Pensyarah yang mengajar EDUP3073 Budaya dan Pembelajaran terdiri daripada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu. Sesi perkongsian ilmu ini bertujuan untuk mendapatkan idea pelaksanaan PdPc  dalam kalangan pensyarah yang pelbagai latar belakang opsyen dan jabatan. Sesi ‘Teacher-Sharing’ telah disampaikan  oleh En Mustaffar Abd Majid kepada semua pensyarah yang mengajar Budaya dan Pembelajaran.

    Pelaksanaan PLC

    Tarikh: 12 Januari 2017
    Masa:  2.00 - 4.00 pm<>br Tempat: Ruang Perbincangan Perpustakaan IPGKP Teknik

    Kehadiran:

    • Pn. Mahani Ibrahim,
    • Pn Nor ‘Azah Ahmad Safran,
    • Pn. Thank Sow Eng,
    • En Murali Murugesan,
    • En. Mahidin Awang Itam

    Penceramah  : En Mustaffar Abd Majid

     

     
  • BENGKEL KmR

    Pengenalan

    Bengkel Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR) anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan  IPGKPT dilaksanakan untuk menyokong dan mendokong pelaksanaan P&P Abad Ke-21 yang berhasrat untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran pelajar yang aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan kepada pedagogi dengan memberi fokus terhadap pembelajaran murid yang pelbagai yang merupakan agenda utama seseorang guru. Objektif utama guru di bilik darjah seharusnya untuk membangunkan kefahaman mendalam dan pembelajaran bermakna secara autentik supaya murid dapat mengguna dan menghubungkait pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Melalui kerangka KmR, pembelajaran dapat dibugarkan apabila guru mempunyai matlamat atau hala tuju yang jelas dalam proses perancangan kurikulum atau standard yang fleksibel. Sehubungan itu bengkel KmR yang dilaksanakan untuk pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan lain-lain pensyarah daripada jabatan lain merupakan satu perkongsian untuk memberikan pendedahan kepada pengajaran dan pentaksiran terhadap kefahaman dan pembelajaran bermakna; dan mereka bentuk pelaksanaan kurikulum secara terbalik (backward).

    Pelaksanaan Bengkel KmR

    Tarikh :  14 - 16 Mac 2017
    Masa :  8.00 am - 4.30 pm
    Tempat :  Perpustakaan, IPGKPT
    Penceramah: En Mustaffar Abd Majid

     
  • PROGRAM LAWATAN SEKOLAH ORANG ASLI : SK KUALA POMSON

    Pengenalan

    Program lawatan sambil belajar ini telah dilaksanakan ke salah sebuah sekolah orang asli iaitu SK Kuala Pomson yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah dan siswa pendidik tentang pendidikan anak-anak orang asli dan persekitaran sekolah mereka.  Program ini diharapkan dapat dijadikan sebagai persediaan awal kepada siswa pendidik untuk ditempatkan di sekolah orang asli atau di  kawasan pedalaman. Di samping itu  program sebegini dapat membuka minda siswa pendidik untuk memikirkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid-murid orang asli di pendalaman. SK Kuala Pomson ini mempunyai seramai 132 orang murid yang terdiri daripada 90% murid Orang Asli. Hanya terdapat 49 murid sahaja yang beragama Islam. Kebanyakan murid Orang Asli tidak mempunyai agama dan bilangan kelas di SK Kuala Pomson adalah 6 kelas sahaja. Sesi temubual telah dijalankan kepada murid dan guru bagi mengenal pasti kepelbagaian sosiobudaya serta kesan percampuran mereka di sekolah yang majoritinya terdiri daripada murid-murid Orang Asli sebanyak 90%, disamping melihat dan menemubual kecenderungan murid di SK Kuala Pomson dari segi hobi, cita-cita, subjek yang diminati dan pelbagai aspek sosiobudaya yang lain.

    Pelaksanaan Program

    Tempat : SK Kuala Pomson, Hulu Langat Selangor

    Tarikh   : 24 Februari 2017

    Masa : 7.00 am hingga 2.00pm

    Peserta : Siswa pendidik 4PISMP (RBT1, Sains dan MT2)

    Pensyarah Pengiring:

    • Pn Mahani Ibrahim,
    • Pn Normala Mohd,
    • Pn Nor ‘Azah Ahmad Safran,
    • Pn Zurida Halid dan
    • Dr Siti Zubaidah Raja Mohamed

    Penutup

    Program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu dan memupuk  sahsiah yang terpuji, berketerampilan serta berdaya tahan dalam kalangan siswa pendidik untuk berhadapan  dengan pelbagai situasi.

     
Go to top